Wednesday, February 17, 2010

sedikik pendapat

Assalammualaikum, hamba2 ALLAH yang mulia..semoga kita semua diberi pengampunan ALLAH,insyaallah. ..

(PERINGATAN: TEKS INI SESUAI UNTUK TATAPAN UMUM(U),TETAPI BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH HENDAKLAH MENDAPAT BIMBINGAN ORANG TERSAYANG.TIADA HAK CIPTA DAN IA TIDAK TERPELIHARA, SESIAPA YANG DIDAPATI MENG'COPY'/' PASTE',MENG' SAVE',MENYEBAR ATAU MENGE'POST' KEMBALI TIDAKLAH DIKENAKAN APA2 HUKUMAN DAN
SETIAP JAWAPAN YANG KALIAN PILIH TIDAK DISEDIAKAN HADIAH..SEKIAN TERIMA KASIH)



Soalan: Manakah lebih mudah BERBASIKAL ATAU BERAGAMA??


a) ALLAH dan Rasul yg tahu..**(JAWAPAN YANG TIDAK HARUS DIPILIH)**


b) Ntah la,malas nak fikir... cikgu aku xpenah ajar pun bab ni,, kalau aku bagi pendapat atau jawapan pun bukan ada adiah..kedekut betul mamat ni,,
**kalau dah spesis penyakit malas ni,xleh wat per dah -ed-**


c) Sudah tentu berbasikal,boleh dikatakan semua orang pandai berbasikal.Kanak2 umur 4tahun pun sudah mahir menguasainya. .Tapi kalau agama berapa ramai yang kanak2 yang boleh beragama?Malah bukan sahaja kanak2,orang dewasa pun belum tentu boleh membawanya.. Tambahan sekarang,zaman moden akhir zaman.. Mereka yang boleh baca Al Quran pun tak ramai,yang boleh baca pula tak mahu amalkannya..
KEPUTUSAN MUKTAMAD "BERBASIKAL LEBIH MUDAH DARI BERAGAMA"
** Sabar2 -ed- **

d) (xsetuju dengan jawapan c)...Beragamalah lebih mudah... semua orang tidak kira peringkat umur boleh beragama dan tidak seperti berbasikal hanya terhad kepada orang2 tertentu sahaja. Orang buta,orang yang tiada kaki dan tangan tidak boleh berbasikal.. . dan mereka2 yang buta,pekak,bisu, cacat atau apa2 pun keadaan fizikal mereka masih boleh beragama.. Kanak2 berumur 4tahun boleh beragama dengan tahap agama umur 4tahun. Mereka yang tak mampu baca Al Quran masih boleh belajar dan itu juga dikatakan agama..
KEPUTUSAN MUKTAMAD BERAGAMA LEBIH MUDAH JIKA KALIAN MAHU BERAGAMA!!!! !
**??? -ed- **

e)**boleh sertakan jawapan sendiri (tidak melebihi 18juta patah perkataan)**


(PERINGATAN: SETIAP JAWAPAN TIDAK DISEDIAKAN HADIAH..SEKIAN TERIMA KASIH)
** sama2 -ed- **


by zaki abd rahim_remaja masjid

No comments:

Post a Comment