Wednesday, February 17, 2010

islam sebagai penyelesaian

Persoalan penting, apakah yang hendak diselesaikan oleh Islam? Apakah masalah sebenar manusia yang tidak mampu diselesaikan oleh mana-mana sistem atau peraturan kecuali Islam?Sebelum persoalan ini dijawab, perlulah difahami bahawa Islam tidak boleh dipisahkan daripada realiti hidup manusia. Kerana manusialah Islam ditanzilkan (diturunkan) .
Firman Allah SWT:"Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia, untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui "(Surah Saba': ayat 28)
Risalah Muhammad Rasulullah SAW adalah untuk kepentingan manusia. Manusia mempunyai sifat dan tabiat yang unik. Manusia terdiri daripada tiga fakulti iaitu rohi, `aqli dan jasmani. Ketiga-tiga fakulti ini perlu dipandu dan dikawal oleh satu sistem yang lengkap dan bersepadu untuk melahirkan manusia atau insan yang dapat berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi mengikut nilai Rabbani, sekali gus memperlihatkan kematangan serta kedewasaannya dalam kehidupan di dunia dan layak mengecapi kebahagiaan di akhirat kelak.
Kita mengetahui bahawa setiap undang-undang atau peraturan mempunyai falsafah dan konsep tersendiri. Undang-undang dan peraturan-peraturan itu, dalam perlaksanaannya, tetap akan menghadapi masalah dan mempunyai cara-cara penyelesaian tersendiri pula.Adalah tidak logik dan tidak adil seseorang menuntut undang-undang tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul akibat daripada perlaksanaan undang-undang yang lain.Islam adalah undang-undang dan peraturan hidup yang lengkap. Setiap juzuk berkaitan dan berhubungan secara bersepadu membentuk kesatuan hakiki mencakup seluruh aspek kehidupan. Sekiranya Islam diberikan peluang agar tau'iyah dan tarbiyyahnya ditegakkan berdasarkan prinsip-prinsip da'wah Islamiyyah sebenar, berqudwahkan Rasulullah SAW dan berpandukan sumber wahyu Allah SWT. sehingga lahir masyarakat yang rela melaksanakan undang-undang dan peraturan Islam, maka dikala itu logik dan adillah Islam dipertanggungjawabk an untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Lihatlah apakah Islam mampu atau tidak?Untuk mengetahui cara Islam menyelesaikan permasalahan hidup manusia, seseorang perlu kembali meneliti dan memahami Fiqh Da'wah Rasulullah SAW.
Yakni da'wah yang dibimbing oleh wahyu Allah SWT, al-Quran al-Karim. Di waktu yang sama seseorang perlulah melihat realiti masyarakat sewaktu Rasulullah SAW. diutuskan dari segi politik, ekonomi dan sosial kerana dalam bidang-bidang inilah sering timbul masalah-masalah yang dihadapi oleh sesuatu masyarakat, bangsa atau negara.Ketika mana Muhammad Rasulullah SAW diutuskan, negeri Arab seperti Syam dan Yaman yang subur dan kaya dengan hasil mahsul dikuasai oleh Romawi dan Parsi. Tinggallah Hijaz, Tihamah dan Najd yang kering kontang, dilitupi padang pasir dan dimiliki secara bebas oleh orang-orang Arab yang berpuak dan berqabilah.Kalau difikirkan secara biasa, tanpa meyakini bahawa setiap tindakan baginda bersabit dengan konsep Da'wah Islamiyyah sebenar dan metod penyampaian baginda adalah bimbingan wahyu Allah SWT, maka sudah tentu seseorang akan membuat andaian-andaian bahawa:
1. Dalam kesempatan Muhammad Rasulullah SAW yang memiliki sifat-sifat kepimpinan, kewibawaan dan pernah diberi kepercayaan oleh pembesar-pembesar Quraisy untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, maka sebelum baginda menjalankan Da'wah Islamiyyah kepada masyarakat, sudah tentu dengan senang baginda dapat menyatupadukan umat Arab yang berpuak dan berqabilah di bawah slogan Qaumiyyah `Arabiyyah demi membebaskan bumi Arab dari dijajah oleh Romawi serta Parsi dan mengembalikan kuasa politik ke tangan umat Arab.Setelah umat Arab bersatu, buminya dirampas kembali dari tangan Rumawi dan Parsi dengan semangat Qaumiyyah `Arabiyyah dan setelah kedudukan Muhammad sebagai pemimpin kukuh maka dapatlah baginda, dengan kuasa dan kedudukan yang dimiliki, memantapkan `Aqidah Tauhid untuk dianuti oleh masyarakat dan seterusnya mewartakan Islam sebagai cara hidup mereka.Dengan cara ini, tentulah pada andaian seseorang yang hanya menggunakan aqal, Muhammad Rasulullah SAW tidak akan menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan, siksaan dan tentangan yang keras daripada Kafir Qura'isy selama 13 tahun dalam usaha untuk menanamkan `Aqidah Tauhid ke dalam hati masyarakat dan menegakkan Islam sebagai ad-Din (sistem hidup). Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.
2. Kesempatan yang lain, realiti ekonomi dan sumber kekayaan di zaman Rasulullah SAW dikuasai oleh segolongan kecil dari masyarakat jahiliyyah. Mereka menguasai aktiviti perniagaan berasaskan riba'. Majoriti rakyat hidup miskin dan melarat. Berdasarkan kesempatan ini, mungkin seseorang mengandaikan jika Muhammad Rasulullah SAW berusaha mengajak majoriti masyarakat yang miskin dan melarat, lalu menyatupadukan mereka dalam satu saf bagi melepaskan diri daripada cengkaman golongan feudal dan meningkatkan taraf hidup mereka, nescaya Rasulullah SAW dengan senang dapat mempengaruhi dan menyatukan mereka.Selepas itu bolehlah Rasulullah SAW menegakkan `Aqidah Tauhid dan seterusnya mentatbiqkan undang-undang Islam dalam kehidupan masyarakat, tanpa bersusah payah menghadapi tentangan masyarakat Quraisy yang agresif hingga ke tahap ingin membunuh baginda. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.
3. Kesempatan yang lain pula, realiti sosial dari sudut moral dan akhlak orang-orang Arab ketika itu amatlah menyedihkan. Sesiapa yang kuat dialah berkuasa. Permusuhan, kezaliman dan pergeseran sesama sendiri sering berlaku. Anak gadis ditanam hidup-hidup. Kemabukan arak, perjudian, amalan pelacuran dan seumpamanya berleluasa.Mungkin seseorang mengandaikan sekiranya Muhammad Rasulullah SAW mengisytihar dari awal-awal lagi suatu bentuk Da'wah Islamiyyah yang bertujuan membaiki moral, membentuk disiplin dan membangunkan akhlak tanpa menekankan permasalahan iman, nescaya Rasulullah SAW akan mendapat sambutan dan sokongan majoriti penduduk tanah Arab.Lebih-lebih lagi pada ketika itu masih terdapat di kalangan orang-orang `Arab yang mempunyai sifat-sifat dan `basic morality' yang baik. Tidak perlu Rasulullah SAW bersusah payah selama 13 tahun berda'wah mengajak manusia supaya beriman kepada Allah SWT dan mentauhidkan- Nya. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.
Jadi apakah jalan penyelesaian yang sebenar?Kita akan sambung tajuk ini pada sesi akan datang, untuk membincangkannya, agar kita sama-sama nampak kenapa Islam itu adalah penyelesaian yang sebenar kepada segala permasalahan hidup manusia.


by azekzk_remaja masjid

bandar qalqilia

Wilayah di utara kota Tebing Barat yang bernama Qalqilia, sejak beberapa tahun lalu telah dikelilingi oleh dinding yang tinggi. Sudah lebih dari 35 mil persegi tanah milik rakyat Palestin itu diambil secara paksa oleh pendudukan haram Israel. Kota yang pada awalnya luas itu kini tidak lagi cukup untuk menjadi tempat hidup, bahkan demakin menuju kepada kematian.Di sana sudah tidak ada ruang lagi bagi kuburan. Qalqilia kini menjerit dan meminta tolong untuk diselamatkan sebelum kota itu runtuh.Ketua Daerah Qalqilia menjelaskan bahawa masa depan kota tersebut sangat terancam. Qalqilia benar-benar dikepung seluruhnya. Kota ini terasing di belakang tembok pemisah dan sentiasa berada di bawah pengawasan pos pemeriksaan."Pada awalnya, kota ini masih nampak di peta meskipun kecil. Namun kini, luas kota Qalqilia semakin menyempit. pembangunan rumah-rumah penduduk hanya diperbolehkan berdiri empat kilometer dari dinding pemisah. Sedangkan terdapat 50000 penduduk yang tinggal disini. Mereka semua bergerak bersama-sama dalam ruangan yang amat sempit ini." ulasnya.Sangat menyedihkan. Rasanya tidak ada kota di mana pun di dunia ini yang Qalqilia2senasib seperti Qalqilia. Bahkan disini orang mati pun tidak mempunyai tempat, kecuali jika membuka kuburan baru di atas kuburan yang lama di tapak perkuburan utama kota. "Kami tidak upaya lagi membuka kubur tambahan. Semua tanah telah di rancang melalui pelan induk yang diperuntukkan bagi bangunan penempatan." Tambah Ketua Daerah Qalqilia tersebut.Sudah jelas menunjukkan tembok pemisah yang di bina oleh Yahudi Israel telah memberi kesan buruk kepada penduduk Qalqilia. Ketua daerah Qalqilia tersebut berkata, "Apa pun yang kita katakan tentang kesan dinding apartheid ini, kita tidak dapat menutupi sebuah kenyataan bahawa daerah dan bandar ini telah menjadi penjara terbesar di dunia. Bayangkan, ada lebih dari lima puluh ribu warga yang bergerak di dalamnya dan saya sendiri terkejut melihat betapa dunia tidak mampu menghentikan kejahatan yang dilakukan terhadap warga kota kami setiap harinya. Ini adalah kehidupan di bawah tekanan, dan tidak ada seorang pun dapat bergerak tanpa pengawasan dari penjajah Israel. Ini adalah tragedi yang nyata bagi orang-orang yang hidup di antara empat dinding, tanpa diperbolehkan untuk memperluas wilayahnya. "Tragedi Qalqilia ternyata belum mampu mengetuk banyak pihak terutama negara-negara besar untuk dapat memberikan tekanan terhadap Israel atas kejahatan kemanusiaan yang selalu dipertontonkan hari demi hari. Mungkin masih banyak lagi pihak yang belum mengetahui lebih dekat nasib penduduk yang hidup dalam himpitan dinding pemisah di mana mereka bahkan tidak memiliki tempat lagi untuk perkuburan. Atau mungkin bukan tidak mengetahui, melainkan tidak mahu mengetahui.


by azekzk_remaja masjid

sedikik pendapat

Assalammualaikum, hamba2 ALLAH yang mulia..semoga kita semua diberi pengampunan ALLAH,insyaallah. ..

(PERINGATAN: TEKS INI SESUAI UNTUK TATAPAN UMUM(U),TETAPI BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI MASALAH HENDAKLAH MENDAPAT BIMBINGAN ORANG TERSAYANG.TIADA HAK CIPTA DAN IA TIDAK TERPELIHARA, SESIAPA YANG DIDAPATI MENG'COPY'/' PASTE',MENG' SAVE',MENYEBAR ATAU MENGE'POST' KEMBALI TIDAKLAH DIKENAKAN APA2 HUKUMAN DAN
SETIAP JAWAPAN YANG KALIAN PILIH TIDAK DISEDIAKAN HADIAH..SEKIAN TERIMA KASIH)



Soalan: Manakah lebih mudah BERBASIKAL ATAU BERAGAMA??


a) ALLAH dan Rasul yg tahu..**(JAWAPAN YANG TIDAK HARUS DIPILIH)**


b) Ntah la,malas nak fikir... cikgu aku xpenah ajar pun bab ni,, kalau aku bagi pendapat atau jawapan pun bukan ada adiah..kedekut betul mamat ni,,
**kalau dah spesis penyakit malas ni,xleh wat per dah -ed-**


c) Sudah tentu berbasikal,boleh dikatakan semua orang pandai berbasikal.Kanak2 umur 4tahun pun sudah mahir menguasainya. .Tapi kalau agama berapa ramai yang kanak2 yang boleh beragama?Malah bukan sahaja kanak2,orang dewasa pun belum tentu boleh membawanya.. Tambahan sekarang,zaman moden akhir zaman.. Mereka yang boleh baca Al Quran pun tak ramai,yang boleh baca pula tak mahu amalkannya..
KEPUTUSAN MUKTAMAD "BERBASIKAL LEBIH MUDAH DARI BERAGAMA"
** Sabar2 -ed- **

d) (xsetuju dengan jawapan c)...Beragamalah lebih mudah... semua orang tidak kira peringkat umur boleh beragama dan tidak seperti berbasikal hanya terhad kepada orang2 tertentu sahaja. Orang buta,orang yang tiada kaki dan tangan tidak boleh berbasikal.. . dan mereka2 yang buta,pekak,bisu, cacat atau apa2 pun keadaan fizikal mereka masih boleh beragama.. Kanak2 berumur 4tahun boleh beragama dengan tahap agama umur 4tahun. Mereka yang tak mampu baca Al Quran masih boleh belajar dan itu juga dikatakan agama..
KEPUTUSAN MUKTAMAD BERAGAMA LEBIH MUDAH JIKA KALIAN MAHU BERAGAMA!!!! !
**??? -ed- **

e)**boleh sertakan jawapan sendiri (tidak melebihi 18juta patah perkataan)**


(PERINGATAN: SETIAP JAWAPAN TIDAK DISEDIAKAN HADIAH..SEKIAN TERIMA KASIH)
** sama2 -ed- **


by zaki abd rahim_remaja masjid

MATHEMATICAL MIRACLES OF THE QUR'AN

The statement of "seven heavens" is repeated seven times.
"The creation of the heavens (khalq as-samawat)" is also repeated seven times.
"Day (yawm)" is repeated 365 times in singular form, while its plural and dual forms "days (ayyam and yawmayn)" together are repeated 30 times.
The number of repetitions of the word "month" (shahar) is 12.
The number of repetitions of the words "plant" and "tree" is the same: 26 The word "payment or reward" is repeated 117 times, while the expression "forgiveness" (mughfirah), which is one of the basic morals of the Qur'an, is repeated exactly twice that amount, 234 times.
When we count the word "Say," we find it appears 332 times.
We arrive at the same figure when we count the phrase "they said."The number of times the words, "world" (dunya) and "hereafter" (akhira) are repeated is also the same: 115
The word "satan" (shaitan) is used in the Qur'an 88 times, as is the word "angels" (malaika). The word faith (iman) (without genitive) is repeated 25 times throughout the Qur'an as is also the word infidelity (kufr).
The words "paradise" and "hell" are each repeated 77 times.
The word "zakah" is repeated in the Qur'an 32 times and the number of repetitions of the word "blessing" (barakah) is also 32.
The expression "the righteous" (al-abraar) is used 6 times but "the wicked" (al-fujjaar) is used half as much, i.e., 3 times.
The number of times the words "Summer-hot" and "winter-cold" are repeated is the same: 5.The words "wine" (khamr) and "intoxication" (saqara) are repeated in the Qur'an the same number of times: 6
The number of appearances of the words "mind" and "light" is the same: 49.The words "tongue" and "sermon" are both repeated 25 times.
The words "benefit" and "corrupt" both appear 50 times."Reward" (ajr) and "action" (fail) are both repeated 107 times.
"Love" (al-mahabbah) and "obedience" (al-ta'ah) also appear the same number of times: 83
The words "refuge" (maseer) and "for ever" (abadan) appear the same number of times in the Qur'an: 28.
The words "disaster" (al-musibah) and "thanks" (al-shukr) appear the same number of times in the Qur'an: 75.
"Sun" (shams) and "light" (nur) both appear 33 times in the Qur'an.•
In counting the word "light" only the simple forms of the word were included.
The number of appearances of "right guidance" (al-huda) and "mercy" (al-rahma) is the same: 79
The words "trouble" and "peace" are both repeated 13 times in the Qur'an.
The words "man" and "woman" are also employed equally: 23 times.
Will they not ponder the Qur'an? If it had been from other than Allah, they would have found many inconsistencies in it. (Qur'an, 4:82)
The number of times the words "man" and "woman" are repeated in the Qur'an, 23, is at the same time that of the chromosomes from the egg and sperm in the formation of the human embryo.
The total number of human chromosomes is 46; 23 each from the mother and father."Treachery" (khiyanah) is repeated 16 times, while the number of repetitions of the word "foul" (khabith) is 16.
"Human being" is used 65 times: the sum of the number of references to the stages of man's creation is the same: i.e.
Human being 65
Soil (turab) 17
Drop of Sperm (nutfah) 12
Embryo ('alaq) 6
A half formed lump of flesh (mudghah) 3
Bone ('idham) 15
Flesh (lahm) 12
TOTAL 65
The word "salawat" appear five times in the Qur'an, and Allah has commanded man to perform the prayer (salat) five times a day.The word "land" appears 13 times in the Qur'an and the word "sea" 32 times, giving a total of 45 references.
If we divide that number by that of the number of references to the land we arrive at the figure 28.888888888889% . The number of total references to land and sea, 45, divided by the number of references to the sea in the Qur'an, 32, is 71.111111111111% . Extraordinarily, these figures represent the exact proportions of land and sea on the Earth today.238


by pizztoyz_remaja masjid

i'm a blind boy

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: 'I am blind, please help.' There were only a few coins in the hat.
A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words. Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, 'Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?'
The man said, 'I only wrote the truth. I said what you said but in a different way.' What he had written was: 'Today is a beautiful day and I cannot see it.' Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing? Of course both signs told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the Story: Be thankful for what you have. Be creative. Be innovative. Think differently and positively. Invite others towards good with wisdom. Live life with no excuse and love with no regrets. When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile. Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear. Great men say, 'Life has to be an incessant process of repair and reconstruction, of discarding evil and developing goodness.... In the journey of life, if you want to travel without fear, you must have the ticket of a good conscience.' The most beautiful thing is to see a person smiling...
And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it!!!


by nurul asma amza_remaja masjid

1 vs 3

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanahair.Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorangguru agama, kiyai atau siapa saja yang bisa menjawab 3 pertanyaannya.Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya an saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawabpertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan: 1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya 2.Apakah yang dinamakan takdir 3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuatdari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak bisa.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakankewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan darisaya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menamparanda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuatdari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yangmenyakitkan untuk syaitan.



by nurul asma amza_remaja masjid

mutiara kata

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...
Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.



by yani yahya_remaja masjid

TAJUK: BAYANGKANLAH

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizinAllah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.....Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah kita,Apa yang akan kita lakukan ? Mestinya kita akansangat berbahagia, memelukBaginda erat-erat dan lantas mempersilakan Bagindamasuk ke ruang tamu kita.Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangatagar Rasulullah SAW sudimenginap beberapa hari di rumah kita.Baginda tentu tersenyum... .....Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAWmenunggu sebentar didepan pintu kerana kita teringat Video CD rated18xxx yang ada di ruangtengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahuluvideo tersebut ke dalam.Baginda tentu tetap tersenyum... .....Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanitasetengah telanjang yangkita pasang di ruang tamu kita, sehingga kitaterpaksa juga memindahkannyake belakang secara tergesa-gesa.Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah danMuhammad yang ada diruang samping dan kita meletakkannya di ruangtamu. Baginda tentutersenyum.Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW
Bersedia menginap di rumah kita ?Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebihhafal lagu-lagu baratdaripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kitatidak mengetahui sedikitpun sejarahRasulullah SAW kerana kita lupa dan lalaimengajari anak-anak kita.Baginda tentu tersenyum... .....Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidakmengetahui satupun namakeluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal diluar kepala mengenaianggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja.Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamarmandi menjadi ruang Solat. Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumahkita tidak memilikikoleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapankepada Rasulullah SAW.Baginda tentu tersenyum... .....Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksitersebut demi menghormati junjungan kita ? Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungankita bahwa kita tidakpernah ke masjid meskipun azan berbunyi.Baginda tentu tersenyum... .....Barangkali kita menjadi malu kerana pada saatMaghrib keluarga kita malahsibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malukerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu
kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kitatidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kitasangat jarang membaca Al-Qur'an. Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidakmengenal tetangga-tetangga kita. Baginda tentu tersenyum... ....Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAWmenanyakan kepada kitasiapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat didepan rumah kita.Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAWbertanya tentang nama danalamat tukang penjaga masjid di kampung kita.Betapa senyum Baginda masih ada di situ........
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba munculdi depan rumah kita...... Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memelukjunjungan kita danmempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumahkita ? Ataukah akhirnyadengan berat hati, kita akan menolak Bagindaberkunjung ke rumah kerana halitu akan sangat membuat kita kalut dan malu.Maafkan kami ya Rasulullah.. .......Masihkah Baginda tersenyum ? Senyum pilu, senyumsedih dan senyum getir....... . Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah.. ......Wallahua'allam.



by nor hanis_remaja masjid

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya : 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 4. Orang lelaki yang melarikan diri. 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 9. Orang-orang yang suka makan riba'. 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


by Fidah _remaja masjid

8 PERKARA DARI ALLAH BUAT UMAT NABI MUHAMMAD

"Nabi S.A.W amat sayangkan umatnya hingga pada nafas terakhir, baginda masih menyebut-nyebut umati2 berulangkali hingga nafasnya terakhir. Bagaimanakah kita sebagai umatnya adakah perasaan sayang padanya wujud dalam hati kita…renungilah…" Peristiwa ini terjadi ketika Nabi s.a.w. menerima wahyu supaya naik ke 7 lapis langit untuk menghadap Allah Azawajala (Israk & Mikraj) Setelah berangkat Nabi Muhammad s.a.w menuju ke suatu tempat, yang belum pernah seorang Rasul ataupun Malaikat muqarrab sampai . Setibanya disitu, Allah Ta’ala memulakannya dengan mengucapkan salam kepadanya. Kemudian Dia menghampiri hambaNya serta sampaikan wahyuNya. Lalu berkata Nabi Muhammad s.a.w.: " Ya Tuhanku! Berikanlah sesuatu untuk umatku!" Maka Allah s.w.t. berfirman : "Hai Muhammad! Aku telah berikan khusus untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah Aku berikan kepada sesiapa pun dari umat yang lain sebelummu iaitu:-
1. Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih mulia daripada umatmu
2. Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu berserta umatmu
3. Sesungguhnya Aku tiada memberi umatmu banyak harta, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat, semua itu Aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka
4. Sesungguhnya Aku tiada memberikan umatmu kekuatan dengan banyaknya harta dan anak pinak, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya, sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu
5. Sesungguhnya Aku tiada memanjangkan umur mereka, sehingga terkumpul pada mereka dosa2 yang banyak, sebagaimana yang berlaku pada umat2 sebelum kamu.
6. Sesungguhnya Aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya , sebagaimana yang Aku lalukan terhadap umat2 sebelum kamu
7. Sesungguhnya Aku melewatkan umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan Aku jadikan mereka umat yang terakhir diantara semua umat, sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah
8. Sesungguhnya Aku tiada mendedahkan rahsia mereka, sebagaimana Aku dedahkan rahsia2 umat2 sebelum kamu serta berita2 mereka kepadamu dan kepada umatmu, dan sesungguhnya tiada lagi Nabi dan tiada Al-Quran sesudahmu


"Kesemua keutamaan2 ini adalah kerana engkau, hai Muhammad dan kerana berkatmu.""


by Fidah_remaja masjid

sape yg smbut tahun baru ?

PERHATIAN WAHAI UMAT ISLAM:
bila smpai 31 Disember,brape rmaikah yg bersedia meraikan tahun baru?tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh al Azhar,Sheikh Tantawi,Sheikh Yusof al Qordawi,dn ulama2 kontomporary bahawa menyambut tahun baru bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan yahudi n kristian..bg mreka yg tdk tahu,hukumnya fasiq(dosa besar),tetapi bg yg dah tahu,hukumnya, MURTAD..jd,fikir2kn lah..!sebarkanlah kpd sdare seislam yg len semampu anda..knape sambutan 2 x dimulakan dan diakhiri ngan sembahyang?knape dimulakan ngan muzik dan maksiat?knape diakhiri ngan muzik dan maksiat?smpai ada yg membuka bju dpn org rmai..aurat didedahkan..



by alin_remaja masjid

Bersama Kesulitan Ada Kemudahan

Wahai manusia, ingatlah bahawa setelah lapar ada kenyang, setelah haus ada kepuasan, setelah bejaga malam ada tidur lena dan setelah sakit ada kesembuhan. Setiap yang hilang pasti ditemui, dalam kesesatan akan datang petunjuk, dalam kesulitan ada kemudahan dan setiap kegelapan akan muncul sinar terang benderang.

“Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya dan umat islam) atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya(terhadap golongan yang munafik itu)”
(QS. Al-Maidah: 52)

Sampaikan khabar gembira kepada malam hari bahwa sang fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak gunung dan dasar-dasar lembah. Khabarkan juga kepada orang yang dilanda kesusahan bahawa pertolongan akan datang secepat kelibat cahaya dan kerdipan mata; kepada orang yang ditindas ketahuilah bahawa kelembutan dan dekapan hangat akan segera tiba.

Saat anda melihat hamparan padang sahara yang seolah memanjang tanpa batas, ketahuilah bahwa di sebalik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun penuh hijau dedaunan. Ketika anda melihat seutas tali meregang kencang, ketahuilah bahwa tali itu akan segera putus.

Setiap tangisan akan berkesudahan dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman dan kegelisahan akan terusir oleh kedamaian.

Kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim a.s. Dan itu kerana pertolongan Allah kepadanya seraya berkata:

“Wahai api, jadilah engkau sejuk dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”
(QS. Al-Anbiya': 69)

Lautan luas tidak berkuasa menenggelamkan Kalimur Rahman (Musa a.s). Itu tidak lain kerana suara agung kala itu telah bertitah,

“Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku disertai Tuhanku (dengan peliharaan dan bantuan-Nya) , Ia akan menunjuk jalan kepdaku”
(QS. Asy-Syu'ara: : 62)

Ketika bersembunyi dari kejaran kaum kafir dalam sebuah gua, Nabi Muhammad s.a.w. yang ma'shum mengabarkan kepada Abu Bakar bahawa Allah Yang Maha Esa dan Maha Tinggi ada bersama mereka. Sehingga rasa aman, tenteram dan tenang pun datang menyelimuti Abu Bakar.

Mereka yang terpaku pada waktu yang terbatas dan pada keadaan yang (mungkin) sangat kelam, umumnya hanya akan merasakan kesusahan, kesengsaraan dan keputusasaan dalam hidup mereka. Itu karena mereka hanya menatap dinding-dinding bilik dan pintu-pintu rumah mereka sahaja.
Padahal, mereka seharusnya menembuskan pandangan sampai ke belakang tabir dan berpikir lebih jauh tentang hal-hal yang berada di luar pagar rumahnya.

Maka dari itu, jangan pernah merasa terhimpit sedikitpun, karena setiap keadaan pasti berubah. Dan sebaik-baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar. Bagaimanapun, hari demi hari akan terus bergulir, tahun demi tahun akan selalu berganti, malam demi malam pun datang silih berganti.

Meski demikian, yang ghaib akan tetap tersembunyi, dan Yang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifat-Nya. Dan Allah mungkin akan menciptakan sesuatu yang baru setelah itu semua. Tetapi sesungguhnya, setelah kesulitan itu tetap akan muncul kemudahan.

by Mohd Khaidir Abu Talib_remaja masjid

7 Tips Mudah Mencapai Keceriaan

Setiap manusia tidak dilahirkan untuk berdukacita, sengsara dan derita. kebahagiaan sebenarnya milik kita semua. Dan bagaimana kita menterjemahkan kebahagiaan adalah mengikut pilihan yang kita setkan dalam minda. Atau pepatah dalam bahasa Inggeris berbunyi "You are not born happy and you are not born sad. Happiness is a choice and a state of mind".Anda berhak untuk memilih untuk bersedih atau bergembira. Di sini saya akan memberikan 7 tip yang simple supaya anda lebih menghargai kehidupan anda dan menjalani hidup dengan gembira.1. Hidup bukan sempurnaKita semua tahu bahawa kehidupan kita bukan selalunya gembira sentiasa, ada kalanya ia membuatkan kita sedih, kecewa dan hampa. Apa yang perlu anda lakukan adalah menerima semuanya dari sudut positif. Simpan dalam minda anda bahawa sesuatu yang pahit itu ada penawarnya, percaya bahawa ada manusia lain di luar sana yang lebih 100 kali menderita daripada kita.2. Jangan BerdendamDendam adalah penyebab utama yang menghalang anda untuk hidup gembira. Tidak kira dengan siapa anda berdendam anda perlu membuangnya. Kebanyakkan daripada kita meletakkan peristiwa pahit yang kita alami disebabkan orang kedua dan sering menyalahkan orang lain yang menyebabkan anda tidak bahagia. Menjadi pendendam menyebabkan anda kehilangan tenaga positif dan memudahkan orang lain mengunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan anda.3. Mencintai dan menghargaiLuahkan perasaan cinta, menghargai persahabatan, menceriakan dan menghangatkan suasana dalam hubungan sesama manusia. Ringankan lidah anda untuk mengucapkan kata-kata penghargaan dan pujian kepada setiap orang disekeliling anda. Dengan bertindak sedemikian, anda akan memperolehi respon yang positif daripada setiap orang yang pernah anda hargai dan puji sebagai balasan.4. Bekerja dengan gembira.Anda menghabiskan banyak masa untuk bekerja, oleh itu pastikan anda melakukan sesuatu yang anda gembira lakukannya. Jika anda tidak gembira dengan kerja anda sekarang, kehidupan anda pasti sengsara. Jika kerja tersebut bukan dalam bidang kerjaya yang anda minati, buat satu perancangan yang perlu supaya anda dapat menikmati kerja yang mengembirakan.
5. Jaga KesihatanJika anda inginkan kebahagiaan maka anda perlu menghargai diri sendiri. Kesihatan diri adalah senjata kepada kesihatan mental. Pastikan anda sentiasa berada pada mengamalkan makanan seimbang dan melakukan senaman. Dengan demikian anda akan dapat merasakan satu kekuatan yang penuh dengan tenaga dan semangat untuk menjalani kehidupan dengan lebih gembira.

6. Buat perkara yang anda benar-benar ingin lakukan.Kita tidak dapat buat semua perkara yang kita inginkan namun kita boleh melakukan sekurang-kurangnya beberapa perkara yang kita inginkan dalam hidup. Lakukan sesuatu yang anda benar-benar ingin lakukan dan berusaha mencapainya agar anda memperolehi kepuasan dan merasai kejayaannya.
7. Rancang hidup dengan baikMereka yang mempunyai perancangan dan objektif dalam hidup lebih bahagia daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan hidup. Mudah sahaja kerana jawapannya, mereka ini lebih menghargai setiap masa yang mereka gunakan untuk mencapai setiap matlamat yang mereka rancang.



by Mohd Khaidir Abu Talib_remaja masjid

Tips On How To Become Attractive

Always be positive and think good about yourself.
Always stand tall make sure your back is always straight.
Wear a clean and well ironed clothes. (it always pay to be clean looking).
Always take care of your hygiene.
Always have a smile in your face...It's hard to not notice a person who always smile and has a friendly "aura."
Always say thank you whenever someone gives you a compliment and if someone gave you a favor even for you its not that relevant.
Don't say bad things about other people.
Don't be too emotional... always keep your cool and poise.
Always address the elders(parent, your parents, uncle, aunt, bosses)with respect.

by Mohd Khaidir Abu Talib_remaja masjid

Kerana Sebiji Epal

Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.
Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.
Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.
Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata: “Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”
Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.
Allahu a’lam bisshawab.




by Mohd Khaidir Abu Talib_remaja masjid

Kasih Si Kecil

Seekor anak kucing yang kecil yang comel sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.
Kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.
Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”
Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur. Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.
Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…
Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”
Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”
Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.
Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”
Moral:Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain Kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, karena orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan. Selalu begitu.


by Mohd Khaidir Abu Talib_remaja masjid

Allahlah Yang Kuasa Memberi Pengganti

Allah tidak pernah mengambil sesuatu dari anda kecuali Dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi itu pun apabila anda bersabar dan tetap ridha dengan segala ketetapan-Nya.

"Barangsiapa Kuambil dua kekasihnya (matanya) tetap bersabar, maka Aku akan mengganti kedua(mata)nya itu dengan syurga." (Al-Hadits)

"Barangsiapa Kuambil orang yang dicintainya di dunia tetap mengharapkan ridha(Ku), nescaya Aku akan menggantinya dengan syurga." (Al-Hadits)

Dengan kata lain, barangsiapa kehilangan anaknya namun ia tetap berusaha untuk bersabar, maka di alam keabadian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul Hamdi (Istana Pujian).

Maka anda tidak perlu terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang menentukan semua itu adalah Allah yang memiliki syurga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar.

Para wali Allah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang mulia di syurga Firdaus. Janji Allah itu termaktub dalam firman-Nya,

“Selamat sejahteralah kamu berpanjangan disebabkan kesabaranmu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu”
(QS. Ar-Ra'd: 24)

Bagaimanapun, kita harus selalu melihat dan yakin bahwa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berkesudahan dengan kebaikan kita. Dengan begitu, kita akan termasuk golongan orang yang disebut ayat berikut ini:

“Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya”
(QS. Al-Baqarah: 157)

Ini merupakan ucapan tahniah bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana.

Usia dunia ini sangat singkat dan gudang kenikmatannya pun sangat kecil. Sedangkan akhirat lebih baik dan kekal, hingga sesiapa di dunia mendapat musibah ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak dan barangsiapa hidup sengsara di dunia ia akan hidup bahagia di akhirat.

Berbeza dengan mereka yang memang lebih menyintai dunia, yang hanya mendambakan kenikmatan dunia sahaja dan lebih senang pada keindahan dunia. Hati mereka akan selalu susah hati, cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak tenang hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia sahaja, sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai petaka besar yang merugikan. Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai sesuatu yang gelap-gelita selamanya. Ini adalah karena mereka selalu memandang ke arah bawah telapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang sangat fana dan tidak berharga ini.

Wahai orang-orang yang ditimpa musibah, sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kamu. Sebaliknya kamu beruntung kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hamba-Nya dengan ketetapan yang di celah-celahnya terdapat suatu kelembutan, kasih sayang, pahala, ada balasan dan juga pilihan. Maka dengan itu, sesiapa sahaja yang ditimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, pandangan yang jernih dan cara berfikir yang matang. Dengan cara begitu, ia akan menyaksikan bahawa ganjaran dari musibah itu adalah:

“Serta diadakan di antara mereka (yang beriman dan munafik itu) satu tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa”
(QS. Al-Hadid: 13)

Sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama dan lebih mulia.




by Mohd Khaidir Abu Talib

Bersedih?..Allah Sentiasa Bersama

Allah bersama kita dalam apa jua keadaan
Ya Allah Ya Tuhanku,.aku bukanlah hamba-Mu yg tidak menjalankan perintah-Mu, .aku bersolat Ya Allah,.aku juga berpuasa Ya Allah,.aku cuba mendekati-Mu tp mengapa Kau masih mengujiku dengan ujian ini Ya Allah..apa maksud disebalik ujian-Mu ini Ya Allah..
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
(Al-Ankaabut: 2-3)
Saat ini tiada seorang pun mahu membantuku Ya Allah,.aku keseorangan Ya Allah,.aku kebuntuan Ya Allah..aku kesedihan Ya Allah..apa yang harusku lakukan Ya Allah...katakanlah..
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) , tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”
(At-Taubah:129)
Ya Allah,.sesungguhnya Kau Maha Berkuasa Ya Allah,.mengapa tidak Kau sahaja yg memperbetulkan keadaanku ini Ya Allah,.
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”
(Ar-raad:11)
Oleh itu,.apakah langkah pertama yang harusku lakukan untuk menghadapi ujian-Mu ini Ya Allah,.bagaiamana aku dapat mententeramkan hati yg gundah-gulana ini Ya Allah..
“Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
(Ar-raad:28)
Akan tetapi aku sudah lakukan begini dan begitu,.namun mengapa ianya tidak seperti yang kuharapkan Ya Allah..mengapa tidak seperti yang kuimpikan Ya Allah..Engkau mengetahui bahawa aku suka itu dan ini manakala benci itu dan ini,.namun mengapa Kau tidak membantuku Ya Allah...
“Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Al-Baqarah: 216)
Namun aku melihat ujian-Mu ini terlalu besar Ya Allah,.terlalu berat untuk kuhadapi,.adakah Kau patut membebaniku dengan ujian seberat ini sedangkan Kau Maha Adil Ya Allah..
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
(Al-Baqarah: 286)
Kini aku hanya mampu menangis kerana kesedihan ini Ya Allah,.aku mnjadi putus asa,.aku hilang daya,.aku kini tidak lagi bernilai di mata dunia Ya Allah..sekiranya aku tidak kisah pandangan mata dunia dan hanya mengharapkan namaku disebut2 penduduk langit, bagaimanakah caranya Ya Allah...
“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman”
(Al-Imran: 139)
Adakah masih ada jalan keluar bagiku Ya Allah..apakah jaminan-Mu pada hamba-Mu yang lemah, sedih dan kesempitan ini Ya Allah..
“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) , nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) , Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya) . Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(At-Thalaq:2- 3)
Kini hatiku bertambah tenang Ya Allah,.namun berapa lama harus aku memerangi kesukaran ini Ya Allah,.adakah ianya akan berlarutan hingga akhir hayatku Ya Allah..
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”
(Al-Insyirah: 5-6)
Alhamdulillah, .aku yakin dengan Kalam Mu Ya Allah..aku akan hadapi ujian hidup ini dengan hati yang berlapang dada,.insyaAllah. .
So,.in time of difficulties, .do not say “Ya Allah,i’ve got big problem”, bt instead, “hey problems, i have the Almighty God (ALLAH) and everythings gonna b alrite”.. InsyaAllah



by Mohd Khaidir Abu Talib_remaja masjid

Lelaki Dan Kepompong Kupu-Kupu

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang ujian dan perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.

Kita mungkin tidak akan pernah dapat....terbang. .. jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati.Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan; Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran; Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta; Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati; Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempat an yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita

Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?

Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.



by Mohd Khaidir Abu Talib_remaja masjid

renungkan..

27/11/09 -aidiadha
18/12/09 -thun br hjriah
25/12/09 -ari natal
01/01/10 -thun bru
26/2/10 -maulud Nabi Muhammad
2/4/10 -matinye yesus kristus
28/6/10 -ari wesak
10/9/10 -ari rya aidilftri
27/8/10 -nuzul quran
5/11/10 -deepavalismuanyer b'laku pd ari jmaat..
ingt dan rnungkn!!!d dlam al-Quran Allah tlh mnyebutkn bhw KIAMAT trjdi pd hri JUMAAT!!!bykkn istigfar n bdoa pd Allah,smg dosa d ampuni..Sebarkn & slg ingt mngingti..ADAKAH KIAMAT SUDAH DEKAT???




by anis_remaja masjid

Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Wahai umat islam,
kayalah dengan iman dan takwa,
itulah kekayaan meliputi dunia dan akhirat,
kekayaan yang menyelamatkan dari siksa alam kubur,
kekayaan yang memayungi di padang mahsyar,
kekayaan yang mencorakkan catatan kebaikan dalam buku hisaban,
kekayaan yang memimpin meniti titian sirat,
kekayaan inilah yang berpanjangan sehingga ke syurga,
kekayaan yang mendekatkan lagi diri kepada Pencipta.
Wahai umat islam,
kayalah dengan ilmu pengetahuan,
sesungguhnya berbeza hamba yang berilmu dengan sebaliknya,
kayalah dengan ilmu yang memisahkan dari kegelapan kepada cahaya,
kayalah dengan ilmu yang membimbing kita menelusuri kehidupan ini,
kayalah dengan ilmu yang bakal mengembalikan kegemilangan umat kita,
cukuplah umat kita ditinggalkan jauh kebelakang,
ilmu yang berasal dari umat kita,
namun dijauhkan dengan kelekaan fana dunia.
wahai umat islam,
kayalah dengan akhlak terpuji,
kekayaan yang membuatkan ibubapa berasa senang,
kekayaan yang membuatkan sahabat berasa senang,
kekayaan yang membuatkan masyarakt berasa senang,
tingkatkanlah kekayaan akhlak dalam diri kita,
usirlah pandangan luar yang menyatakan kita miskin dengan akhlak terpuji,
buktikan kita mengikuti junjungan mulia rasul kita,
rasul yang memiliki akhlah terpuji,
agar kelak, Allah merasa senang itu yang penting.
wahai umat islam,
kayalah dengan ekonomi ummah,
mari kita maju tingkatkan kualiti ummah,
janganlah kita sentiasa kalah dalam ekonomi,
yang sentiasa ditindas dengan mudah,
yang tidak tentu arah tatkala dihentikan gaji yang buta,
atas kemalasan untuk berusaha dengan gigih,
atas kesenangan berada di zon selesa,
sehingga leka memandang masa hadapan yang bakal jauh berbeza,
jika kesedaran tidak dipupuk pada awal masa,
yang penting bukan kita mengejar dunia,
tapi dunia yang mengejar kita.
Wahai umat islam,
kayalah kita dengan perpaduan,
yang mengukukah ikatan sesama ummah,
cukuplah kita dimainkan pihak ketiga,
yang hanya inginkan perpecahan sesama kita,
agar kelak kita mudah dimusnahkan,
mari kita bangkit bina hubungan sesama kita,
tanamkan sifat kasih sayang antara kita,
kasih sayang sesama saudara,
alangkah indah hati terikat kerana Allah.
Wahai umat islam,
kayalah kita dengan kekuatan,
kekuatan badan yang tidak mampu dinoda,
kekuatan ummah yang tidak mampu digugat,
kekuatan negara yang menyatu disatu kalimah,
tambahlah kekuatan bukan kelemahan,
kekuatan agar tidak mudah dipijak-pijak,
oleh pihak yang sentiasa memusuhi kita semua,
jangan lagi leka dengan kehidupan dunia,
yang sekian lama melemahkan kita.
Wahai umat islam,
ayuh kita bangkit dengan kekayaan keseluruhan,
kekayaan yang tsumul mencakupi seluruh kehidupan,
samada dunia mahupun akhirat,
jangan lagi iman dan takwa di bawah garis kemiskinan,
jangan lagi ilmu pengetahuan di bawah garis kemiskinan,
jangan lagi akhlak terletak di bawah garis kemiskinan,
jangan lagi ekonomi ummah di bawah garis kemiskinan,
jangan lagi perpaduan sesama kita di bawah garis kemiskinan,
jangan lagi kekuatan sentiasa di bawah garis kemiskinan,
mari tingkatkan kekayaan yang dibimbing dengan Al-Quran dan Sunnah,
kekayaan yang bakal disusuli dengan al-jannah.
http://sabahanmusli m.blogspot. com/2010/ 01/kaya-tsumul. html



by fakhrullah mawardi_remaja masjid

Ustaz Zahazan Mohamed: SEKADAR PERINGATAN

Ustaz Zahazan Mohamed's Notes
SEKADAR PERINGATAN

Today at 2:06pm
PETIKAN DARI MAKALAH US UMAR M NOR DALAM MAJALAH SOLUSI Pilih Keinginan atau Keperluan ?Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab “Al-Zuhd” bahawa Umar bin Al-Khattab suatu hari berkunjung ke rumah anaknya, Abdullah. Tiba-tiba dia melihat sepotong daging di rumah itu. Dia lalu bertanya, “Mengapa ada daging di sini?” Abdullah menjawab, “Aku teringin memakan daging, jadi aku membelinya.” Umar lalu berkata, “Apakah setiap kali teringin sesuatu, engkau terus memakannya? Cukuplah pembaziran yang dilakukan seseorang, setiap kali dia menginginkan sesuatu lalu memakannya.”Imam Ahmad juga meriwayatkan dalam kitab yang sama bahawa suatu hari Umar berjumpa dengan Jabir bin Abdillah yang sedang membawa daging dari pasar. Ia lalu bertanya, “Apa yang engkau bawa itu, wahai Jabir?” Jabir menjawab, “Ini daging. Aku membelinya sebab teringinkan hendak makan daging.” Sekali lagi Umar berkata, “Apakah setiap kali menginginkan sesuatu, engkau membelinya?”NafsuUcapan Umar Al-Faruk yang diakui Baginda Nabi s.a.w sebagai sangat pandai memilih kebenaran dan kebatilan ini adalah tepat untuk dijadikan panduan hidup. Beliau mengajarkan agar kita tidak menjadikan “keinginan” sebagai asas konsumsi melainkan “keperluan”. Sebab hakikat keinginan adalah nafsu serakah yang tidak mengenal batasan. Setiap kali diberi, ia akan meminta yang lain. Begitulah seterusnya sehingga jika selalu dituruti, ia akan menghantar manusia kepada gaya hidup mewah yang berakhir dengan pembaziran.Sementara itu, asas keperluan intinya menjadikan akal rasional sebagai pembuat keputusan. Dengan kecerdasannya, akal akan memilih benda-benda yang penting dan yang kurang (atau sama sekali tidak) penting. Akibatnya, seseorang yang berpegang kepada asas ini dapat mengawal perbelanjaannya dengan baik dan selamat daripada kegawatan financial.Prinsip ini memperlihatkan ketinggian fiqah Sayidina Umar. Sebab tidak terhitung anjuran Islam agar kita membangkang keinginan nafsu. Al-Quran bahkan menyebutkan bahawa sikap memperturutkan hawa nafsu merupakan gaya hidup kafir yang tidak selari dengan prinsip keislaman. “Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka.” (Al-Najm: 23) Al-Quran juga menceritakan bahawa orang kafir menjadikan nafsunya sebagai tuhan selain Allah (Al-Furqan: 25). Jika begitu, membangkang keinginan nafsu merupakan persaksian tauhid yang sangat tinggi sehingga tepat ucapan Imam Sahl bin Abdillah Al-Tustari: “Allah tidak disembah dengan suatu amalan yang lebih baik daripada membangkang keinginan nafsu.”Kisah tokoh Islam yang berkaitan dengan hal ini sangat banyak kita temui dalam buku-buku sejarah. Sayidina Umar, yang kisahnya membuka tulisan saya kali ini, terkenal dengan sangat pandai mengawal nafsu sehingga tidak pernah mencela makanan yang dihidangkan kepadanya. Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Al-Zuhd bahawa pada suatu hari, pelayan Umar yang bernama Aslam berkata dalam hati: “Hari ini, aku akan membuat Umar mencela makanan.” Lalu dia menghidangkan segelas susu yang masam untuknya. Seketika meminum susu ini, wajah Umar berubah. Namun dia tidak mencela minuman itu, sebaliknya berkata, “Duhai betapa lazatnya rezeki Allah s.w.t.”Anaknya, Abdullah bin Umar, sejak ditegur ayahnya tadi selalu meninggalkan sesuatu kerana Allah setiap kali mencintainya. Nafi, pembantunya, berkata, “Setiap kali Ibn Umar mencintai sesuatu dari harta miliknya, dia akan melepaskan sesuatu itu. Suatu hari dia menunggang seekor unta dan merasa sangat menyukainya. Dia segera turun dari unta itu dan berkata, wahai Nafi, lepaskan pelana ikatan unta ini dan jadikanlah ia korban untuk Baitullah.” Prinsip hidup ini terus hidup dalam masyarakat Islam hingga berabad-abad kemudian. Ulama Baghdad yang terkenal, Sari bin Abdillah Al-Saqathi, pernah berkata, “Sejak tiga puluh tahun yang lalu, nafsuku selalu menuntut untuk (memakan) wortel yang dicelup ke dalam madu, namun aku tidak menurutinya.”Balasan Meninggalkan Nafsu Saya sedar bahawa ajakan untuk meninggalkan nafsu sangat ringan di lidah namun sangat berat diwujudkan dalam perbuatan. Apatah lagi hati manusia selalu berusaha memperoleh kelazatan sebanyak-banyaknya. Namun hal tersebut menjadi ringan sekiranya kita meyakini bahawa meninggalkan nafsu pada hakikatnya adalah menukar kelazatan kecil dengan kelazatan lain yang lebih besar.Jangan salah faham. Saya tidak membicarakan tentang kelazatan syurga yang hanya boleh dinikmati selepas meninggal dunia. Insya-Allah kita akan mendapatkan itu juga nanti. Tetapi saat ini saya sedang berbicara tentang kelazatan “syurga dunia” yang dapat dirasakan sebelum nyawa kita berpisah daripada jasad. Ibn Athaillah al-Sakandari berkata, “Tuhan kita sangat pemurah. Tidak mungkin kita bekerja untuknya sekarang namun ia membalasnya nanti.”Percaya atau tidak, anda dapat merasai balasan daripada amalan meninggalkan nafsu yang anda lakukan di dunia ini sebelum menerima pahalanya di akhirat kelak. Balasan minima yang segera anda rasakan adalah kenikmatan kembali kepada Allah dan berdamai dengan hati nurani. Ibrahim Al-Khawas berkata: “Barang siapa yang meninggalkan keinginan nafsu, namun ia tidak merasakan (kelazatan) balasannya dalam hati, bererti ia tidak jujur dalam meninggalkannya.”Balasan lain yang sedang menunggu seperti yang dijelaskan oleh seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ubay bin Ka’b katanya: “Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu kerana Allah, melainkan Allah akan memberinya sesuatu yang lebih baik daripada itu dari arah yang tidak disangka-sangka.” Ucapan ini diriwayatkan oleh Ibn Al-Mubarak dalam kitab Al-Zuhd. Bagi pemuda yang suka melihat sesuatu yang haram, sila renungi ucapan sahabat Nabi s.a.w yang diakui ketinggian ilmunya ini. Lalu ditinggalkannya kerana kelazatan maksiat yang sedang menjerat itu hakikatnya membunuh anda. Dan yakinlah, kelazatan yang lebih besar (hanya Allah yang tahu apa bentuknya) sedang menunggu anda sebagai balasan yang Allah berikan kepada orang yang meninggalkan nafsu kerana-Nya.Jika anda merasa seronok menghisap rokok, cubalah meninggalkan keseronokan ini kerana Allah. Nescaya keseronokan lebih besar dan halal akan menghampiri anda sebagai gantinya dari Allah. Jika anda berasa nikmat mempraktikkan gaya hidup bebas daripada aturan agama tanpa hukum halal dan haram, sudah sampai saatnya anda merenungkan kembali kenikmatan itu. Jika ianya membawa kepada kenikmatan sebenar, sila anda memperturutkan nafsu anda hingga akhir hayat. Tapi jika anda yakin nikmat itu hanya akan berakhir dengan kesengsaraan, segera tinggalkan kenikmatan semua itu dan beralihlah kepada kenikmatan hakiki yang sedang menunggu anda. Akhirnya,Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barang siapa yang meninggalkan sehelai pakaian (kerana dorongan) tawaduk kerana Allah, padahal dia mampu memakainya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan semua makhluk lalu membiarkannya memilih baju-baju iman yang dia kehendaki.” Sering kali seseorang membeli sehelai pakaian bukan kerana memerlukannya untuk menutup aurat atau menjaga daripada panas atau sejuk. Dia membelinya hanya kerana pakaian itu pernah dilihatnya di dalam sebuah majalah fesyen. Begitu juga sikap sebahagian orang terhadap telefon bimbit, beg tangan, kereta, komputer riba dan aksesori lain yang mewarnai hidup kita. Hadis di atas menjelaskan balasan akhirat untuk orang yang bersedia meninggalkan kebiasaan buruk ini. Akhirnya, sering-seringlah bertanya kepada diri sendiri ketika anda sedang memandang sesuatu benda di pusat beli belah, “Apakah saya ingin atau perlu membeli barang ini?” Lalu ucapkan kata-kata Sayidina Umar dengan jelas, “Cukuplah pembaziran yang dilakukan seseorang, setiap kali ia menginginkan sesuatu yang dia membelinya.” Wallahu a’lam.





by siti oth_remaja masjid

ADAKAH ISLAM MENINDAS WANITA?(BAHAGIAN 2)

Oleh: Lopa Hussain & Adnan Khan, Khilafah.com…..

sambungan dari bulan SeptemberWanita Barat diabad 21 Pemikir-pemikir dan ahli - ahli falsafah yang mencipta konsep kesetaraan gender diantara lelaki dan wanita mempercayai bahawa wanita boleh dikeluarkan dari kesengsaraan yang telah berabad dialami mereka. Oleh yang demikian, beberapa soalan perlu ditanyakan:1) Adakah wanita moden hari ini telah keluar dari kesengsaraan yang berabad menghantui mereka?2) Adakah sejarah ketidak seimbangan gender telah diperbaiki?3) Apakah wanita mempunyai peluang yang lebih baik dari segi politik, sosial dan ekonomi?Kejayaan wanita hari ini telah diukur dari segi kejayaan kerjayanya, berdikari dari segi kewangan dan maju atau setidak-tidaknya terjamin dari segi kebendaan. Personaliti seperti Michelle Obama, seorang yang dikatakan berjaya menguruskan kerjayanya dan pada masa yang sama menjadi ibu kepada dua orang anak dan isteri kepada seorang Presiden, sering disebut-sebut sebagai model contoh. Berserta ini ada satu pandangan bahawa kebergantungan kepada suami atau bapa akan menjadikan status seseorang wanita itu inferior dalam masyarakat. Terdapat satu sentimen bahawa jika seorang isteri atau ibu itu tidak mempunyai kerjaya sendiri, dia telah dikatakan gagal dalam kehidupan. Perkara ini tidak disuarakan secara terbuka tetapi ia terbukti apabila ramai wanita merasakannya apabila soalan ini ditanyakan kepada mereka (terutama dalam rancangan-rancangan `game- show' ditelevisyen) ,"Apakah pekerjaan anda?" Perasaan tidak senang mereka ini tergambar dalam reaksi mereka apabila menjawab, "Saya hanya seorang ibu" atau "Saya hanya seorang suri rumahtangga" . Sejarah masalahnya adalah ketidaksetaraan yang dialami oleh wanita berkaitan dengan hubungan dengan lelaki, semenjak mereka berjuang untuk mendapat kesetaraan hak dengan lelaki dari segi kerjaya, pendapatan, peluang dan politik. Ini telah membawa perubahan sikap yang nyata terhadap peranan gender dalam masyarakat, dengan mempercayai bahawa wanita seharusnya mempunyai hak yang sama dengan suami dalam mencari nafkah untuk menanggung keluarga. Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Cambridge dalam tahun 1996 mendapati pandangan terhadap tugas lelaki dalam mencari nafkah untuk menanggung keluarga dalam masyarakat telah jatuh dari 65% dalam tahun 1984 kepada 43% dalam tahun 1994. 45% dari ibu – ibu British adalah bekerja dan bergaji manakala di US, 78% dari wanita yang berada dalam tenaga kerja mempunyai anak – anak yang berusia diantara 6 ke 17 tahun.Kerajaan-kerajaan Eropah turut mendorong pandangan kejayaan seperti yang disebutkan tadi. Mereka memuji wanita-wanita yang telah berjaya mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka, malah turut juga memberi insentif kewangan bagi para ibu –ibu untuk memasuki pasaran kerja. Kerajaan Buruh di UK telah memperkenalkan "National Childcare Strategy" dalam tahun1998 bagi menyediakan ribuan tempat- asuhan kanak-kanak bagi ibu-ibu untuk meninggalkan anak-anak mereka ketika meneruskan kerjaya mereka. Mereka juga diberi faedah dari segi kewangan, contohnya seperti "Working Families Tax Credit" bagi memastikan penjagaan anak mampu dilaksanakan. Jill Kirby dari organisasi "Full – Time Mothers" memberi komen, "Insentif kewangan disediakan untuk keluar bekerja tetapi tidak ada insentif kewangan untuk tinggal dirumah."Ini secara natural telah memupuk satu pandangan dalam masyarakat bahawa salah satu objektif terpenting dalam kehidupan adalah mengejar kejayaan dalam kerjaya. Kepercayaan ini beranggapan bahawa kerjaya akan memberi wanita status dan kehormatan dalam masyarakat sehinggakan sanggup menangguh atau menggelak dari berkahwinan kerana ia dianggap sebagai satu penghalang kepada objektif kerjaya. Memiliki anak juga akan ditangguhkan atau barangkali juga memilih untuk tidak memilikinya langsung. Kepercayaan ini juga beranggangapan bahawa menjadi seorang ibu akan menghalang peluang untuk mendapatkan kedudukan yang lebih tinggi atau cemerlang dalam kerjaya. Wanita-wanita yang tidak bekerja juga sentiasa merasa tekanan untuk berbuat sedemikian.Wanita pada hari ini agak bernasib baik, bahkan dari segi pendapatan. Walaupun Undang –undang Kesetaraan Gaji (Equal Pay Legislation) telah berlaku selama tiga puluh tahun di negara-negara maju, wanita masih terus mendapat pendapatan yang lebih rendah berbanding lelaki dalam melakukan pekerjaan yang serupa. Ini bukanlah satu perkara yang menghairankan apabila wanita digalakkan untuk memasuki pasaran kerja kerana keperluan ekonomi apabila mereka telah diminta untuk menyumbang kepada sektor ekonomi ketika Perang Dunia Kedua:"Satu faktor yang utama dalam emansipasi wanita adalah keperluan ekonomi… Pemodenan ekonomi telah membawa kepada keperluan tenaga kerja wanita yang ditambah pula dengan mobilisasi peperangan moden…Penglibatan wanita dalam bidang ekonomi dan perubahan sosial adalah hasil dari ini dan telah berterusan sepanjang tempoh peperangan dan juga selepas peperangan, dan malah telah membawa kepada beberapa perubahan perundangan yang lebih memihak kepada wanita. Ini telah mengakibatkan beberapa kesan dalam kehidupan sosial dan keluarga".Ini juga memperjelaskan mengapa selepas lebih dari seabad melaungkan kesetaraan gender dan hak-hak wanita, dalam abad ke 20, di UK hanya mempunyai 4% hakim wanita, 11% pengurus wanita, dan hanya 2% dari 100 orang direktor FTSE adalah dari golongan wanita. Wanita berkerjaya juga sentiasa merasa bersalah apabila masa yang dapat dihabiskan bersama anak-anak adalah terhad. Ini ditambah pula dengan keadaan dimana kehidupan seorang wanita sentiasa juga sebagai seorang isteri, ibu dan wanita berkerjaya. Dalam kebanyakan keluarga, bahkan status seorang wanita yang berkerjaya, tidak juga dapat mengurangkan tugas-tugas rumahtangganya.Joseph H. Pleck, seorang pakar sosiologi memberi komen bahawa:"Para cendikiawan juga bersetuju bahawa, walaupun dalam kajian yang dibuat, ada statistik yang menunjukkan suami-suami yang mempunyai isteri-isteri yang berkerjaya membuat lebih kerja-kerja rumah, tetapi malangnya, penambahan ini adalah kecil disegi magnitud, malah isteri-isteri yang berkerjaya ini terus melakukan kebanyakan tugas – tugas dirumah."Harinya dihabiskan dengan bergegas dari melakukan satu tanggungjwab ke satu tanggungjawab yang lain, membuat sarapan untuk keluarganya, menyediakan makan tengahari untuk suaminya, memandi, menyiap dan menghantar anak-anak kesekolah, bergegas ketempat kerja, seharian melakukan kerja-kerja rumah yang berat, bergegas mengambil anak-anak dari sekolah dan menghantar mereka kekelas-kelas tambahan, menyediakan makan malam, menyiapkan anak-anak untuk tidur dan rutin ini akan terus berulang. Biasanya dia akan merasakan bahawa dia tidak dapat melakukan tugas-tugasnya dengan baik kerana terlalu letih, stres dan sengsara. Lisa Belkin didalam sebuah buku yang bertajuk "Life's Work: Confessions of an Unbalanced Mom", menulis:"Sepertinya tidak ada seorang dari kita pun yang dapat memberi 100% diri kita untuk pekerjaan kita dan 100% diri kita untuk keluarga kita, dan 100% diri kita untuk diri sendiri".Oleh itu, walaupun telah berabad berjuang dengan prejudis usang ini, wanita masih tidak mendapat pengiktirafan yang lebih baik. Malah, dalam sesetengah perkara adalah lebih buruk lagi. Diabad ke 21 ini, wanita telah beralih dari hanya `other half' lelaki kepada satu objek yang tidak lain hanya memenuhi keinginan lelaki. Walaupun wanita telah berhadapan dengan dilema ini semenjak mereka mula memasuki pasaran kerja, hari ini wanita berdepan dengan diskriminasi gender yang lebih teruk. Dalam banyak bidang, bukan hanya di Kota London, wanita kini diambil bekerja bukan kerana keupayaan dan keintelektualan mereka tetapi, kerana paras rupa mereka. Daya tarikan seksual mereka merupakan asas utama untuk mendapat sesuatu pekerjaan, samada untuk menarik klien dengan keseksualannya, atau untuk `fit into the team'. Dalam satu artikel oleh BBC News Online (Laddism in the City, 10/4/2001) telah memperlihatkan kesengsaraan ramai wanita yang bekerja dibandar; dimana ramai diantara mereka yang berkata bahawa mereka "telah disentuh oleh rakan sekerja, kenalan atau pesaing…dan berfikir untuk melawan adalah buruk untuk perniagaan". Mesyuarat `team building' dan `client facing' biasanya dilakukan di kelab –kelab tarian bogel atau di bar-bar, seperti mana yang diungkapkan oleh seorang wanita, memilih untuk tidak menyertai bukanlah satu pilihan, "Anda harus menjadi sebahagian dari kumpulan… mereka melihatnya sebagai satu perkara serious yang melibatkan keuntungan (jika anda tidak menghadiri acara- acara tersebut)". Ada satu perkara yang menarik yang diperkatakan oleh pengarang artikel BBC dimana seorang peniaga bon yang telah ditemuramah untuk artikel tersebut mencadangkan kepada beliau bahawa "satu layanan seksual adalah satu bayaran yang munasabah bagi mendapat pandangannya mengenai kejatuhan pasaran bon kerajaan UK dalam urusniaga tengahari."Oleh kerana itu, terdapat seperti ada kesalahan tentang hubungan diantara lelaki dan wanita. Wanita mungkin tidak lagi ditindas sepertimana yang mereka hadapi beberapa abad yang lampau, tetapi, penindasan masih tetap dialami mereka hari ini, yang berbeza hanyalah dari segi manifestasinya. Masalah sebenarnya terletak pada pernyataan bahawa lelaki atau wanita, tidak inferior dari satu dengan lain. Memperbetulkan sejarah prejudis ini sahaja bukanlah dasar untuk menerangkan tentang hubungan diantara manusia. Pernyataan yang menyatakan bahawa lelaki dan wanita adalah setara (i.e. wanita tidak inferior dari lelaki), jika konteks sejarahnya diambil kira, ia adalah satu perkara biasa. Walaupun begitu, ia tetap meninggalkan beberapa persoalan yang tidak terjawab. Ia tidak menerangkan bagaimana lelaki dan wanita dapat bekerjasama untuk membentuk satu masyarakat yang berpadu. Dalam konteks yang lebih luas, kesetaraan itu sendiri adalah terhad didalam menangani pertelingkahan dan mengatur hubungan natural yang wujud diantara manusia. Satu pernyataan yang biasa tentang kesetaraan sesama manusia tidak dapat memberi panduan keatas isu perbezaan dan fakta ini memerlukan idea-idea dan prinsip-prinsip tambahan yang lebih terperinci huraiannya. Pada realitinya, laungan tentang kesetaraan hanya membuatkan manusia menjadikannya kayu pengukur untuk inspirasi memanggil dan melaungkan bahawa kesetaraan itu sendiri adalah satu penindasan.Hubungan Lelaki dan WanitaKita dilahirkan dengan mempunyai keluarga dan saudara-mara dan secara semulajadi kita mempunyai hubungan dengan mereka. Kita berinteraksi dengan teman –teman dalam aktiviti sosial, dan hubungan yang wujud diantara lelaki dan perempuan akan menentukan halatuju keturunan manusia melalui reproduksi manusia. Oleh itu, beberapa kerangka diperlukan untuk menjelaskan hak-hak dan tanggungjawab lelaki, wanita dan anak-anak mereka bagi melahirkan satu masyarakat yang koheren(berhubungan /bersangkutpaut) .Perbezaan diantara lelaki dan wanita yang mempunyai keperluan-keperluan tertentu dan persoalan-persoalan yang kompleks, dimana pengurusannya adalah satu elemen penting dalam memastikan satu perpaduan sosial. Sebarang kegagalan untuk mengenalpasti atau mengurus keperluan-keperluan dan persoalan-persoalan ini dalam erti kata kesetaraan akan membawa kepada satu penindasan, sama seperti mempercayai bahawa ia adalah satu simbol bahawa satu gender adalah lebih superior dari gender yang satu lagi.Masalahnya adalah pemikir-pemikir feminis dan liberal ini memandang perbezaan diantara lelaki dan wanita adalah akibat konstruksi sosial, bukan satu fakta biologi. Mereka juga menyatakan bahawa perbincangan dari segi perbezaan yang telah pernah dilakukan pada masa lampau, hanyalah satu alat untuk memberi wanita peranan-perana yang lebih rendah. Pada masa lampau di Eropah terdapat beberapa andaian yang tidak munasabah, yang bukan fakta mengenai perbezaan diantara lelaki dan wanita (contohnya, adakah wanita kurang cerdik, kurang keupayaan untuk membuat penghakiman, dan rendah keupayaan untuk belajar dan berfikir). Perbezaan diantara gender dan seks kelihatan seolah-olah menjustifikasi dan membantu untuk memisahkan perkembangan dari fakta biologi, tetapi, menolak segala perbezaan yang dikatakan akibat produk dari keadaan sosial sebenarnya tidak boleh dijadikan satu penerangan akan sifat semulajadi manusia.Terdapat beberapa perbezaan yang ketara diantara lelaki dan wanita dimana ia telah menjadi perdebatan dalam bidang sains dan syarahan-syarahan ahli-ahli falsafah sejak beberapa milenia; dari kajian oleh ahli psikologi dan neuro saintis, kepada kesimpulan oleh Pluto and Aristotle. Malah, diantara pecahan gerakan feminis yang semakin meningkat adalah mereka yang mempertahankan hak dan rela tidak menafikan perbezaan diantara lelaki dan wanita. Mereka melakarkan perbezaan diantara lelaki dan wanita untuk mengenalpasti keunikan wanita dan menafikan asimilasi lelaki yang dihasilkan dari interpretasi ciri-ciri wanita dalam istilah lelaki. Mereka memperlihatkan kewanitaan dan ciri-ciri berfikir kontemporari dalam banyak perkara. Satu kajian oleh Prof. Jacqueline Adhiambo-Oduol dapat dibuat satu kesimpulan bahawa:"Ketegangan emosi wujud diantara konsep kesetaraan yang mengandaikan kesamaan, dan konsep gender yang mengandaikan perbezaan. Kesetaraan gender menjadi kontradik dari segi istilah, malah sesuatu yang bodoh". Kesimpulan dari kajian saintifik dan falsafah ini adalah berbeza dan perbagai. Banyak telah didapati dengan jelas tidak diiktiraf dan salah, malah kaedah yang digunakan untuk memahaminya terutama alat Freudian atau survey Gilligan (juga persoalan mengenai pengetahuan yang relevan keatas perbezaan semulajadi dalam menyelesaikan masalah sosial yang pratikal). Walau bagaimanapun, huraian ini menunjukkan bahawa perbezaan diantara lelaki dan wanita sentiasa diperhatikan dan bukanlah satu fenomena yang baru. Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tidak seperti sesetengah kesimpulan, perbezaan boleh diterjemah sebagai satu inferioriti atau superiority bagi mana-mana gender. Dari itu, adalah jelas bahawa seorang wanita Barat yang berjaya, secara ironinya telah dijadikan sebagai satu penanda aras untuk mengukur kejayaan dan pastinya bebas memilih untuk berseronok dengan apa yang dilakukan, walaupun hanya dibayar setengah ke tiga suku dari amoun yang diperolehi lelaki dalam melakukan pekerjaan yang serupa. Sesungguhnya ini adalah satu kebenaran kecuali jika dia seorang pelacur atau seorang model dimana hanya dalam kedua-dua bidang ini sahaja wanita menjana pendapatan yang lebih tinggi dari lelaki untuk pekerjaan yang sama.bersambung ke bahagian terakhir dari sudut pandang Islam di edisi Disember…….




by m_arif_remaja masjid

Hati sebesar kolam

“Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? ” lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua yg slalu ditemuinya. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, ” bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? ” . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
“Anak muda… ” lelaki tua itu bersuara .
“Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. ” ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil…air diisi…dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.
“Sekarang kamu minumlah air tersebut “. Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
“Apa rasanya? “, tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
“Masin! ” lelaki tua itu tersenyum lagi.
“Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. “
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.
“Apa rasanya, anakku? ” soal lelaki tua itu.
“Tawar, tidak masin seperti tadi “, lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
“Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? ” tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.
“Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri ”
Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!
Moral: Janganlah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.
Dan yang terpenting..“..janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Yusof: 87)


Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal.- Imam Al-Ghazali
Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari satu tubuh. Jika kepalanya hilang maka seluruh tubuhnya akan membusuk,. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka semua permasalahan akanmenjadi rosak.- Saidina Ali



by Mohd Khaidir Abu Talib_remaja masjid

Pendayung Sampan Dan Profesor

Suatu hari seorang profesor menyewa sebuah sampan untuk membuat kajian di tengah lautan.Pendayung itu merupakan lelaki tua yang sangat pendiam. Profesor sengaja mengupah lelaki tua itu kerana dia tidak mahu orang yang menemaninya banyak menyoal tentang apa yang dia lakukan.

Dengan tekun Profesor itu melakukan tugasnya tanpa menghiraukan pendayung sampan. Dia mengambil air laut dan diisi kedalam tabung uji, digoncang-goncang, kemudian mencatat sesuatu di dalam buku catatan dibawanya. Berjam-jam lamanya Profesor itu melakukan kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan mendongak ke langit, memandang pada awan yang mula berarak kelabu. Dalam hati dia berkata "Hmm..tak lama hujan lebat akan turun.."

"OK semua sudah siap mari kita balik." Lantas pendayung itu memusingkan sampannya dan mula mendayung ke arah pantai. Dalam perjalanan itu baru Profesor itu membuka mulut menegur pendayung sampan.

"Dah lama kamu mendayung sampan?" Tanya Profesor kepada pendayung sampan. "Hmm..hampir seumur hidupku," jawab si pendayung ringkas.

"Seumur hidup kamu? Jadi kamu tidak tahu apa-apa selain mendayung sampan?" tanya Profesor itu lagi.

"Ya.."jawab pendayung sampan dengan ringkas.

Profesor belum berpuas hati dengan jawapan pendayung tua itu. "Kamu tahu Geografi?" Si pendayung menggeleng..

"Kalau begitu kamu hilang 25% dari usia hidup kamu."

"Kamu tahu Biologi?"tanya Profesor itu lagi. Pendayung sampan itu menggeleng lagi.

"Kasihan kamu telah kehilangan 50% dari usia kamu."

"Kamu tahu Fizik?" Profesor itu masih bertanya. Seperti tadi pendayung sampan itu hanya menggeleng.

"Sungguh kasihan kalau begitu kamu telah kehilangan 75% usia kamu.Malang sungguh nasib kamu semuanya tidak tahu. Seluruh hidup kamu hanya dihabiskan dengan sampan,tak ada gunanya lagi," Profesor itu mengejek dan berkata dengan angkuh setelah merasakan dirinya yang terhebat. Pendayung sampan hanya mendiamkan diri.

Selang beberapa minit kemudian hujan turun dengan lebat, tiba-tiba ombak besar datang melanda. Sampan yang mereka naiki terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Profesor hanya menggeleng.

"Sayang sekali kamu telah kehilangan 100% nyawa kamu." Kata pendayung itu sambil berenang ke pantai meninggalkan Profesor yang angkuh tadi.





by Mohd Khaidir Abu Talib_remaja masjid

greeting..

assalamualaikum. greetings.*blinkblink*
uhuk..uhuk..*membatukbatuk*
hmmm... tis blog is created for myself..best said for my self-importance
wahaha. sbenarnyer..tis blog bleh kate bak my second inbox. well..inboxku penuh ngan
email2 dr facebook..friendster..blog..n memacam agi webpage yg ana dah join.
benda2 niee telah memenuhi inbox ku higga i cannt differ bet important dgn non...
so i need to delete some of tose email..
still ana masih sayang kat email2 y baik n berguna for me n other
jill ckap macam niee kat diri sendiri: ''kalau email nie dok dlm inbox ana...an sorang je y bleh baca n kalau ana delete...rugi laa nasihat2 y berguna tu..specially y dr remaja masjid tuee..
xkan nak delete kot...t xleh nak wak reread plak. hahaha'
so drpd ana sorang baik ramai y leh baca @ reread w/pon ade y dah baca kam.???
n my inbox pon trurus skit..hehehe





till then mr.blog n miss diary
~ja nee~